Thursday 26 March 2020

Cara Berjabat Tangan Dan Tanda Hormat




Hormat Pandu Puteri Remaja


Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, kerua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.







Cara Berjabat Tangan



Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua0dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri.
Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesame ahli dan antara ahli dengan pamimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletkkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden-Powellterus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.




Wednesday 25 March 2020

Tatacara Pelantikan Pandu Puteri (Ladam Kuda)


Pembentukan Ladam Kuda 

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.
Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli,  memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang  membezakan Pandu Puteri dengan  pasukan beruniform yang lain.




Arahan Kawad Kaki

1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)

     - tidak melebihi 20 ahli
Arahan:
Pasukan!
 Pasukan 
panji-panji, masuk baris!
Pasukan, masuk baris!
Pasukan, sedia!
Pasukan hentak kaki......... Hentak!
Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
Pasukan, berhenti!
Ke dalam, pusing!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
Pasukan panji-panji, masuk baris
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhenti 
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
 Ke belakang / dalam pusing !


2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)

Arahan:
Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia ! 
Pasukan hentak kaki......... Hentak !
Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan !
Pasukan, berhenti !
Ke dalam, pusing !
Pasukan panji-panji,keluar baris :
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan. Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris!


3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.

Arahan :
Pasukan !
Ketua, masuk baris !  
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !
Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
 Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !
Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !
Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda)

Arahan:
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !Berhenti !
Ke kiri / ke kanan pusing !
Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing !
Cepat jalan ! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan : pasukan,hormat bendera, hormat ! )
Berhenti ! 
Ke dalam, pusing !
Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baru ke hadapan untuk dilantik !Ahli baru, masuk baris !
Ahli baru, cepat jalan !.......berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Ahli baru, ke kanan pusing !
Hormat bendera, hormat !
Ke kiri pusing ! .......hormat bendera, hormat !
Ke belakang pusing .....hormat pasukan, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan .......... Berhenti !.....ke kanan / ke kiri pusing !
Masuk baris !
Ke dalam / belakang, pusing !


5. Setelah selesai istiadat pelantikanArahan:

Pasukan panji-panji, jalankan tugas !
Pasukan panji-panji, cepat jalan !
Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Pasukan ! .... Keluar baris !


6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis )

Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti ! 
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !


Pakaian Sewaktu Pelantikan 

1.Baju kemeja berwarna hijau
 2.Skaf (berwarna kuning)
 3.Jata Negeri
 4.Woggle
 5.`Shoulder Flashes'
 6.Lambang Kumpulan
 7.Lencana Dunia
 8.Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
 9.Seluar panjang biru tua
 10.Stoking hitam
 11.Kasut hitam
 12.Tudung hitam




LENCANA PELANTIKAN PANDU PUTERI SISWI













Tuesday 24 March 2020

Lirik Lagu Dunia



Lagu Dunia
Versi Bahasa Melayu


Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.



English Version


Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.

All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give. 

Penerangan Pelantikan Pandu Puteri Siswi


Pandu Puteri Siswi


Bahagian Pandu Puteri Siswi menyediakan wanita remaja dan dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Ahli Pasukan Pandu Puteri terdiri daripada pelajar wanita dari Institusi Pendidikan tinggi (Universiti atau Kolej awam dan swasta). Perjumpaan diadakan satu kali seminggu.

Program Pandu Puteri Siswi


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan yang akan disampaikan kepada Pandu Puteri Siswi mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Falsafah Pergerakan Pandu Puteri berlandaskan tiga aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Melalui Program Pandu Puteri Siswi, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menghasilkan barisan pemimpin bertauliah sebagai Pemimpin dan Pesuruhjaya untuk mengukuhkan lagi Pergerakan Pandu Puteri serta mendidik dan memimpin ahli Persatuan yang terdiri daripada wanita, remaja dan dewasa.

Program Pandu Puteri Siswi ialah program pendidikan bukan formal untuk wanita. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan wanita Malaysia.

Program Pandu Puteri Siswi bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang:


  • Menghayati dan mengamalkan ciri-ciri pemimpin muda, khasnya berasaskan Prinsip Asas Pandu Puteri dan Kaedah Pandu Puteri to internalise and practise the characteristics of young leaders, specifically based on the Girl Guiding Fundamental Principles and the Girl Guiding Method
  • Memahami dan mengamalkan konsep Ketua dan Pengikut Understanding and practising the concepts of Leadership and Followership
  • Berupaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Pandu Puteri Empowered to develop and refine Girl Guiding knowledge, skills and values

Program ini dibahagikan kepada enam peringkat:


  • Asas Ilmu Pandu Puteri
  • Program Asas Pemimpin Muda: Prinsip Asas Kepimpinan
  • Program Lanjutan Pemimpin Muda: Membina kemahiran memimpin sesuai untuk suasana yang penuh perubahan
  • Sistem Sikap dan Nilai
  • Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri di peringkat Daerah untuk mengukuhkan semangat Pandu Puteri melalui penglibatan dalam aktiviti dan acara peringkat Cawangan, Kebangsaan dan Antarabangsa
  • Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri peringkat Cawangan dan Kebangsaan

Kaedah Pengajaran


  • Ceramah dan syarahan, khasnya untuk aspek Teori
  • Amali
  • E-Learning
  • Self-directed Learning
  • Kajian Kes

Penilaian setiap Peringkat


  • Ujian Bertulis (Penulisan, Laporan, Jawapan Kuiz, dsb)
  • Amali: Kemahiran yang dikuasai dan Kompetensi
  • Penglibatan & Semangat Kesukarelaan
  • Sahsiah: Kehadiran, Komunikasi dan Kepimpinan

Pasukan Pandu Puteri Siswi
Sebuah Pasukan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 16 orang dan maksimum ialah 36 orang. Lebih daripada satu Pasukan boleh ditubuhkan di dalam sesebuah kampus.

Setiap Pasukan dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran atau Jurulatih Bertauliah sebagai pembimbing dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang Penolong Pemimpin.

Pasukan perlu melantik Jawatankuasa pasukan terdiri daripada

  1. Pengerusi
  2. Setiausaha Kehormat
  3. Bendahari Kehormat
  4. Ahli Jawatankuasa
  5. Pengerusi Jawatankuasa Kecil:


  • Perhubungan Awam
  • Bahan Sumber
  • Peralatan
  • Sosial dan Lawatan
  • Kebajikan
  • Lain-lain yang diperlukan

Penyelaras IPT atau Pegawai Kokurikulum atau Pembimbing boleh dijemput sebagai Penasihat. Pengerusi adalah Ketua Pasukan Pandu Puteri Siswi

Pakaian Pandu Puteri Siswi


  • Kebaya / Kurung Biru
  • Skaf Biru Muda
  • Flashes Bahu
  • Woggle
  • Lencana Dunia
  • Lencana Pelantikan
  • Jata Universiti
  • Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)
  • Stoking hitam
  • Kasut hitam 

Monday 23 March 2020

Contoh Simpulan Dan Ikatan













LILUT PEMATI BIASA




TINDIH KASIH




 BUKU SILA




BUNGA GETI




SIMPUL MANUK




SIMPUL PULIH 





LILIT BALAK






Contoh Pakaian Pandu Puteri Dewasa


Contoh Pakaian Seragam 



Contoh Pakaian Seragam Bagi Muslim 





Contoh Pakaian Seragam Bagi Non-Muslim 



Contoh T-Shirt Pandu Puteri Dewasa


\

Contoh Lencana Pandu Puteri





Seperti juga peraturan pakaian seragam unit uniform yang lain, pakaian seragam pandu puteri perlu dipakai dengan cara yang betul, kemas dan bergaya. Gambar diatas menunjukan cara pemakaian yang betul dan  yang dipakai dengan kemas.

Ahli Persatuan Pandu Puteri perlu mengutamakan kebersihan diri dan pakaian seragam mereka. Solekan muka dan diri dikurangkan seperti ketetapan pakaian seragam organisasi lain, gaya rambut perlu kemas seperti yang panjang perlu didandan ataupun diikat supaya tidak terurai terutama semasa memakai topi, kep ataupun tudung. Pakaian seragam perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih, termasuk kasut yang dipakai dan lencana-lencana perlu bergilap supaya berkilat. Hanya lencana dan kepanduan yang sah sahaja dibenarkan pakai bersama-sama pakaian seragam. Apabila lebih daripada satu anugerah kepanduan diterima, hanya anugerah yang tertinggi sahaja dipakai dengan pakaian seragam. Pemakaian perhiasan seperti barang kemas tidak dibenarkan kecuali cincin kahwin ataupun pertunangan bagi orang dewasa dan jam tangan dengan pengikat yang biasa sahaja bagi remaja.

Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan. Baju yang ditetapkan dalam majlis rasmi adalah baju lengan panjang dan tidak boleh digayakan seperti lengan berkedut di bahu. Manakala fesyen seluar yang ditetapkan bagi pakaian rasmi adalah jenis seluar potongan lurus. Versi lain seperti seluar kembang (carrot top ataupun bell top) tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemakaian seluar jeans denim dibenarkan dengan kemeja-t semasa perkhemahan dan semasa melakukan aktiviti lasak.


























Sunday 22 March 2020

Lirik Lagu Pandu Puteri Malaysia




Versi Bahasa Melayu

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.


English Version

Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.

All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honor never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give