Thursday 26 March 2020

Cara Berjabat Tangan Dan Tanda Hormat




Hormat Pandu Puteri Remaja


Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, kerua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.







Cara Berjabat Tangan



Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua0dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri.
Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesame ahli dan antara ahli dengan pamimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletkkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden-Powellterus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.




No comments:

Post a Comment