Pandu Puteri Siswi
Bahagian Pandu Puteri Siswi menyediakan wanita remaja dan dewasa memimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Ahli Pasukan Pandu Puteri terdiri daripada pelajar wanita dari Institusi Pendidikan tinggi (Universiti atau Kolej awam dan swasta). Perjumpaan diadakan satu kali seminggu.
Program Pandu Puteri Siswi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.
Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan yang akan disampaikan kepada Pandu Puteri Siswi mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Falsafah Pergerakan Pandu Puteri berlandaskan tiga aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Melalui Program Pandu Puteri Siswi, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menghasilkan barisan pemimpin bertauliah sebagai Pemimpin dan Pesuruhjaya untuk mengukuhkan lagi Pergerakan Pandu Puteri serta mendidik dan memimpin ahli Persatuan yang terdiri daripada wanita, remaja dan dewasa.
Program Pandu Puteri Siswi ialah program pendidikan bukan formal untuk wanita. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan wanita Malaysia.
Program Pandu Puteri Siswi bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang:
- Menghayati dan mengamalkan ciri-ciri pemimpin muda, khasnya berasaskan Prinsip Asas Pandu Puteri dan Kaedah Pandu Puteri to internalise and practise the characteristics of young leaders, specifically based on the Girl Guiding Fundamental Principles and the Girl Guiding Method
- Memahami dan mengamalkan konsep Ketua dan Pengikut Understanding and practising the concepts of Leadership and Followership
- Berupaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Pandu Puteri Empowered to develop and refine Girl Guiding knowledge, skills and values
Program ini dibahagikan kepada enam peringkat:
- Asas Ilmu Pandu Puteri
- Program Asas Pemimpin Muda: Prinsip Asas Kepimpinan
- Program Lanjutan Pemimpin Muda: Membina kemahiran memimpin sesuai untuk suasana yang penuh perubahan
- Sistem Sikap dan Nilai
- Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri di peringkat Daerah untuk mengukuhkan semangat Pandu Puteri melalui penglibatan dalam aktiviti dan acara peringkat Cawangan, Kebangsaan dan Antarabangsa
- Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri peringkat Cawangan dan Kebangsaan
Kaedah Pengajaran
- Ceramah dan syarahan, khasnya untuk aspek Teori
- Amali
- E-Learning
- Self-directed Learning
- Kajian Kes
Penilaian setiap Peringkat
- Ujian Bertulis (Penulisan, Laporan, Jawapan Kuiz, dsb)
- Amali: Kemahiran yang dikuasai dan Kompetensi
- Penglibatan & Semangat Kesukarelaan
- Sahsiah: Kehadiran, Komunikasi dan Kepimpinan
Pasukan Pandu Puteri SiswiSebuah Pasukan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 16 orang dan maksimum ialah 36 orang. Lebih daripada satu Pasukan boleh ditubuhkan di dalam sesebuah kampus.
Setiap Pasukan dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran atau Jurulatih Bertauliah sebagai pembimbing dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang Penolong Pemimpin.
Pasukan perlu melantik Jawatankuasa pasukan terdiri daripada
- Pengerusi
- Setiausaha Kehormat
- Bendahari Kehormat
- Ahli Jawatankuasa
- Pengerusi Jawatankuasa Kecil:
- Perhubungan Awam
- Bahan Sumber
- Peralatan
- Sosial dan Lawatan
- Kebajikan
- Lain-lain yang diperlukan
Penyelaras IPT atau Pegawai Kokurikulum atau Pembimbing boleh dijemput sebagai Penasihat. Pengerusi adalah Ketua Pasukan Pandu Puteri Siswi
Pakaian Pandu Puteri Siswi
- Kebaya / Kurung Biru
- Skaf Biru Muda
- Flashes Bahu
- Woggle
- Lencana Dunia
- Lencana Pelantikan
- Jata Universiti
- Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)
- Stoking hitam
- Kasut hitam
No comments:
Post a Comment